Operasi padam kebakaran hutan tanah gambut diteruskan

Sebahagian kawasan hutan tanah gambut di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura di sini yang dilaporkan terbakar akibat cuaca panas sejak Khamis lalu.
Sebahagian kawasan hutan tanah gambut di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura di sini yang dilaporkan terbakar akibat cuaca panas sejak Khamis lalu.
A
A
A

KUANTAN - Pihak bomba meneruskan operasi pemadaman kebakaran hutan tanah gambut di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura di sini yang dilaporkan terbakar akibat cuaca panas sejak Khamis lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, anggaran keluasan kawasan terbakar 30 hektar.

Anggota bomba menggunakan teknik pancutan air terbuka menggunakan hos dari pam angkut untuk memadam kebakaran hutan tanah gambut di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura di sini yang dilaporkan terbakar akibat cuaca panas sejak Khamis lalu.

Menurutnya, sehingga Sabtu, kira-kira 23 hektar keluasan kawasan kebakaran berjaya dipadamkan.

"Operasi pemadaman kini tertumpu kepada baki kawasan yang masih terbakar seluas kira-kira tujuh hektar," katanya.

Operasi pemadaman tertumpu melibatkan baki kawasan hutan tanah gambut seluas tujuh hektar yang masih terbakar pada Sabtu.
Operasi pemadaman tertumpu melibatkan baki kawasan hutan tanah gambut seluas tujuh hektar yang masih terbakar pada Sabtu.

Zulfadli berkata, operasi pemadaman melibatkan 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas menggunakan teknik pancutan air terbuka dari pam angkut.

"Hari ini (Sabtu) kita berjaya memadamkan kebakaran melibatkan kawasan seluas tiga hektar daripada 10 hektar baki kawasan terbakar pada Jumaat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!