30 hektar hutan tanah gambut di Kuantan terbakar

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN, - Kira-kira 30 hektar hutan di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura di sini, dilaporkan terbakar akibat cuaca panas hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, pihaknya tiba di lokasi kebakaran pada jam 9.08 pagi tadi bagi menjalankan operasi pemadaman.

Beliau berkata, operasi memadam kebakaran hutan jenis tanah gambut itu dijalankan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dengan bantuan dari balai Maran dan Peramu.

"Anggaran kawasan yang terbakar ialah 30 hektar dan setakat ini pihak bomba sudah berjaya memadam 20 hektar daripada kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini malam Jumaat.

Beliau berkata, setakat 10 malam ini operasi masih berjalan bagi memadam 10 hektar lagi kawasan yang terbakar selain menyekat api daripada merebak ke kawasan lain. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: