Suspek tikam kanak-kanak perempuan direman tujuh hari

Suspek (depan) dibawa bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sungai Petani.
Suspek (depan) dibawa bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sungai Petani.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Suspek yang menikam kanak-kanak perempuan di Kampung Keda Che Bema semalam direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz kira-kira jam 10 pagi tadi.

Suspek berusia 27 tahun dilihat tenang ketika diiringi anggota polis masuk ke kawasan lokap mahkamah hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki amuk tikam kanak-kanak

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam, suspek yang merupakan jiran mangsa telah menikam kanak-kanak perempuan terbabit yang sedang tidur di ruang tamu.

Kejadian turut disaksikan ibu dan kakak sulung mangsa yang turut sedang berbaring di lokasi kejadian sambil menonton televisyen.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil siasatan mendapati suspek menikam mangsa menggunakan sebilah pisau sebelum melarikan diri melalui pintu dapur.

"Motif kejadian masih dalam siasatan.

"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau berkaitan kes pecah rumah,' katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.