X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Aktiviti perpaduan perlu diperbanyak elak perpecahan kaum

Khalid Abdul Samad - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A

KUALA LUMPUR - Aktiviti perpaduan perlu diperbanyak bagi menangkis usaha pihak yang cuba memecah-belah keharmonian antara kaum.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, kepelbagaian kaum di Malaysia bukan halangan rakyat bersatu padu.

Menurutnya, perbezaan itu mampu diatasi melalui tadbir urus yang bijaksana oleh kerajaan.

"Di kebanyakan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama telah membawa peperangan yang berlarutan hingga membantut pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara berkenaan.

"Inilah pihak kerajaan perlu elakkan, kalau berlaku perbalahan tiada siapa yang untung, negara hancur disebabkan persengketaan dan perbalahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kebajikan Bukit Bintang 2020 kali ke-15 di KK Super Mart di sini semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Teguran Hussamuddin bawa mesej besar

[VIDEO] Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia

Keharmonian kaum keutamaan kerajaan: Guan Eng

Turut hadir Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai.

Pada program sama, Khalid turut berkongsi perkembangan pertumbuhan ekonomi dalam negara.

Khalid berkata, ekonomi Malaysia kekal kukuh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.8 peratus.

"Ia berdasarkan Laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan. Ekonomi Malaysia dijangka terus bertahan meskipun berhadapan dengan ketidak tentuan ekonomi global.

"Jadi jika ada yang bagi gambaran ekonomi Malaysia sudah teruk, hancur atau sebagainya, fakta dan data yang sebenarnya menerangkan sebaliknya," katanya.

Pada program itu, seramai 1,800 penerima terdiri warga emas, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya, bekas penagih dadah dan gelandangan menerima sumbangan angpow dan barang keperluan bernilai RM100 sempena Tahun Baru Cina.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!