Parlimen Thailand lulus RUU kahwin sejenis

Tunyawaj Kamolwongwat
Tunyawaj Kamolwongwat
A
A
A

BANGKOK - Parlimen Thailand meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) perkahwinan sejenis pada Rabu, sekali gus membuka jalan menjadi negara pertama di Asia Tenggara mengiktiraf kesaksamaan perkahwinan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

RUU itu disokong 399 ahli politik manakala 10 lagi menolak dalam Dewan Rakyat, walaupun ia masih perlu mendapat kelulusan Senat sebelum disokong raja dan kemudian diterbitkan dalam Warta Diraja.

Semasa keputusan itu diumumkan, seorang wakil membawa bendera berwarna-warni iaitu simbol LGBT dengan mengelilingi dewan tersebut.

"Masyarakat hari ini telah membuktikan kepada kami bahawa mereka mengambil berat tentang hak LGBT.

"Akhirnya kami akan mempunyai hak yang sama seperti orang lain," kata Tunyawaj Kamolwongwat, ahli Parti Move Forward yang mendesak hak LGBTQ, kepada AFP.

Di seluruh negara Asia, hanya Taiwan dan Nepal yang mengiktiraf perkahwinan sejenis, manakala mahkamah tertinggi India menangguhkan keputusan itu kepada Parlimen pada Oktober depan. - AFP

Artikel Berkaitan: