Indonesia dinobat negara paling 'tidak gembira' di Asia Tenggara

Indonesia menduduki tempat ke-80 negara tidak gembira di Asia Tenggara. Foto Agensi
Indonesia menduduki tempat ke-80 negara tidak gembira di Asia Tenggara. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Indonesia menduduki tempat ke-80 dalam negara paling gembira di dunia dalam kajian tahunan yang diterbitkan pada Rabu dengan ditaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam Laporan Kebahagiaan Dunia, Finland kekal sebagai negara paling gembira di dunia untuk tahun ketujuh berturut-turut manakala Indonesia meningkatkan kedudukan dari nombor 84 daripada 109 negara yang ditinjau pada tahun 2023.

Tahun ini, sebanyak 143 negara muncul dalam senarai laporan ini. Kedudukan Indonesia dalam senarai itu jauh lebih rendah di Asia Tenggara.

Daripada negara ASEAN yang tersenarai, Singapura menduduki tempat ke-30, manakala Filipina pada kedudukan ke-53.

Vietnam mengekori rapat di belakang Filipina iaitu tempat ke-54 manakala Thailand dan Malaysia, masing-masing pada kedudukan ke-58 dan ke-59.

Tinjauan mendapati bahawa di seluruh Asia Tenggara, terdapat kecenderungan keseluruhan semakin 'tidak gembira', dengan penurunan teruk seperti Singapura.

"Sebanyak 10 negara di Asia Tenggara dengan Indonesia sebagai negara terbesar manakala Singapura yang terkecil telah mencerminkan struktur kebahagian semakin merosot," menurut laporan tersebut.

Kedudukan kebahagiaan ini berdasarkan penilaian diri terhadap kepuasan hidup, serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita, sokongan sosial, jangka hayat yang sihat, kebebasan, murah hati dan rasuah.

Artikel Berkaitan:

Afghanistan, yang dilanda bencana kemanusiaan sejak Taliban menguasai semula negara itu pada tahun2020, berada di kedudukan terbawah dalam 143 negara yang dikaji.

Buat pertama kali sejak laporan itu diterbitkan lebih sedekad lalu, Amerika Syarikat dan Jerman bukanlah antara 20 negara paling gembira, masing-masing berada di tempat ke-23 dan ke-24.

Sebaliknya, Costa Rica dan Kuwait memasuki 20 tempat teratas pada kedudukan 12 dan 13. Laporan itu menyatakan negara paling gembira tidak lagi termasuk mana-mana negara terbesar di dunia. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Indonesia dinobat negara paling 'tidak gembira' di Asia Tenggara #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Global #Dunia #Indonesia #AsiaTenggara #Gembira #Negara #Tinjauan #PBB

Funny Song - Funny Song Studio & Sounds Reel