15 JMB, MC terima pengiktirafan MPSJ

Noraini bergambar bersama penerima anugerah daripada 150 pangsapuri mendapat pengiktirafan daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya(MPSJ) yang menerima plak dan Sijil Penarafan Bintang Pembangunan Berstrata Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) hari ini.
Noraini bergambar bersama penerima anugerah daripada 150 pangsapuri mendapat pengiktirafan daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya(MPSJ) yang menerima plak dan Sijil Penarafan Bintang Pembangunan Berstrata Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) hari ini.
A
A
A

SUBANG JAYA - Sebanyak 15 penerima anugerah daripada 150 pangsapuri mendapat pengiktirafan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) hari ini.

Mereka menerima plak dan Sijil Penarafan Bintang Pembangunan Berstrata Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan berkata, MPSJ mengambil inisiatif melaksanakan penilaian itu secara berjadual setiap tahun bagi pemajuan berstrata di bawah kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu (PBT) itu.

Noraini
Noraini

"Objektif utama anugerah ini untuk menggalakkan penduduk menubuhkan badan pengurusan bersama (JMB), perbadanan pengurusan (MC) atau persatuan penduduk," katanya selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Bintang Pembangunan Berstrata Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Bagi Tahun 2019 di Dewan Serbaguna MPSJ, USJ 7 di sini hari ini.

Menurutnya, anugerah itu juga bagi menggerakkan pengurusan dan penyenggaraan melibatkan komuniti di kawasan kediaman tersebut selaras dengan Dasar Komuniti Negara dengan melibatkan kepelbagaian kaum.

Inisiatif ini juga merupakan salah satu platform bagi menggalakkan JMB dan MC untuk berfungsi dengan lebih aktif.

Majlis kali kedua ini dianjurkan oleh MPSJ dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Perbandaran, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Artikel Berkaitan: