Kyrgyzstan rampas status pendahulu Oman

Kedudukan pasukan dalam Kumpulan D.
Kedudukan pasukan dalam Kumpulan D.
A
A
A

KYRGYZSTAN memimpin Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas menewaskan Taiwan 5-1 di Stadium Spartak Kyrgyzstan pada Selasa.

Pemain naturalisasi kelahiran Ghana, Joel Kojo meledak hatrik minit ke-17, m-38, m-45 dalam perlawanan itu.

Khristiyan Brauzman kemudian melebarkan kedudukan pasukan tuan rumah pada minit ke-79.

Bagaimanapun Taiwan tidak mengalah merapatkan jurang menerusi jaringan penalti Wu Yen-shu minit ke-87 sebelum Kimi Merk melengkapkan kemenangan bergaya dengan gol minit ke-95.

Joel Kojo antara watak penting pasukan Kyrgyzstan.
Joel Kojo antara watak penting pasukan Kyrgyzstan.

Kyrgyzstan dalam perlawanan pusingan pertama sebelum ini menang 2-0 ke atas Taiwan dalam aksi di Kaohsiung pada 21 Mac lalu.

Sebelum itu mereka menewaskan Oman 1-0 pada 21 November lepas setelah membuka kempen tewas 3-4 kepada Malaysia di Kuala Lumpur pada 16 November.

Kemenangan ketiga berturut-turut menyaksikan Kyrgyzstan berada di tangga teratas Kumpulan D dengan sembilan mata manakala Taiwan kekal tanpa kemenangan dan berada di tangga terbawah kumpulan.

Artikel Berkaitan:

Oman yang sebelum ini memimpin kumpulan turun di tangga kedua selepas menjinakkan Malaysia, 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28