FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun

FIFA berkata pada Sabtu bahawa perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan.
FIFA berkata pada Sabtu bahawa perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan.
A
A
A

JEPUN dijangka diisytiharkan sebagai juara kelayakan Piala Dunia 2026 di Korea Utara selepas badan induk bola sepak, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata pada Sabtu bahawa perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Berita itu muncul selepas Konfederasi Asia berkata, Korea Utara mahu memindahkan perlawanan yang dijadualkan Selasa ke venue berkecuali kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan.

FIFA berkata: "Dengan ketiadaan venue alternatif tuan rumah yang disahkan oleh DPRK FA dan kekurangan ruang dalam kalendar untuk menangguhkan perlawanan ini, Biro memutuskan bahawa perlawanan kelayakan tidak boleh diadakan atau dijadualkan semula.

"Selain itu perkara dan keputusan perlawanan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib FIFA”.

Jepun memenangi perlawanan pertama 1-0 di laman sendiri pada Khamis. - Bernama-dpa

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: