Isteri 'ketua' keluarga selepas suami diserang angin ahmar

Yusri (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mordyadi pada Selasa.
Yusri (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mordyadi pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Seorang bekas pekerja kedai cermin mata, di sini tidak mampu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas diserang angin ahmar enam tahun lalu.

Pergerakan dan pertuturan Mordyadi Mohd Zin, 50, semakin terbatas menyebabkan dirinya tidak boleh bekerja seperti sebelum ini.

Kini isterinya, Rosazlizawati Alwi, 30, memikul tanggungjawab dengan keluar mencari rezeki demi kelangsungan hidup keluarganya.

Menurut Rosazlizawati, dia sangat berat untuk melalui ujian ini dan tidak yakin boleh menguruskan suami dan tiga anak dengan sebaik.

"Tapi, alhamdulillah berkat kesabaran dan kebergantungan kepada ALLAH, semuanya dipermudahkan.

"Rezeki saya sentiasa ada walaupun hanya saya seorang sahaja yang menanggung keluarga," katanya ketika ditemui di Bukit Setongkol, di sini pada Selasa.

Ibu kepada tiga anak itu memberitahu, suaminya diserang angin ahmar disebabkan masalah darah tinggi sekitar tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Rosazlizawati (kanan) memberitahu sesuatu kepada Yusri (kiri) mengenai punca suaminya tidak mampu bergerak.
Rosazlizawati (kanan) memberitahu sesuatu kepada Yusri (kiri) mengenai punca suaminya tidak mampu bergerak.

Susulan itu, Mordyadi berada selama dua bulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebelum dibawa balik.

"Suami tidak boleh bergerak dan semua saya perlu uruskan. Suami juga tidak mampu bertutur dengan jelas tetapi memahami apa yang diperkatakan.

"Apa pun keadaan suami, saya reda dan ini bukan sahaja ujian untuk dirinya, sebaliknya saya juga," luahnya yang bekerja sebagai jurujual di kedai cermin mata.

Sementara itu, Pengurus Kanan Petronas Pantai Timur, Yusri Anuar Ahmad berkata, seramai 400 penerima sumbangan dalam program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2024 di Pahang membabitkan empat daerah iaitu Kuantan, Rompin, Bera dan Bentong.

Katanya, Mordyadi antara lima penerima sumbangan yang disampaikan di daerah ini pada Selasa.

"Melalui program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2024 diharap ia memberi sinar bahagia kepada menerima.

"Kita harap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kepada penerima yang juga golongan berpendapatan rendah (B40)," katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!