Kenaikan cukai SST hanya beri impak inflasi 0.2 peratus - Anwar

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perubahan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada enam peratus ke lapan peratus sejak Mac lalu tidak memberi impak ketara kepada inflasi dengan anggaran sekitar 0.2 mata peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana perubahan dasar hanya melibatkan cukai perkhidmatan manakala cukai jualan kekal dengan skop dan kadar cukai sedia ada.

“Skop berkenaan cukai perkhidmatan adalah kecil iaitu 41 peratus daripada bilangan perkhidmatan yang ada dalam ekonomi kerana banyak pengecualian diberikan umpamanya kepada (sektor) pendidikan, kesihatan, pengangkutan, dan sebagainya. Tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas.

“Melalui peluasan skop dan perubahan kadar cukai perkhidmatan ini, kerajaan menjangkakan akan mengutip hasil berjumlah RM3 bilion,” katanya pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai kesan terhadap kos sara hidup rakyat serta kos pengeluaran industri akibat kenaikan cukai perkhidmatan kepada lapan peratus daripada enam peratus.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui terdapat sedikit kenaikan harga barangan di pasaran, namun masih rendah dan terkawal.

“Ada pandangan bahawa ia memberi kesan kepada rakyat, oleh itu kita cuba bantu dengan menambah umpamanya STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan beberapa tambahan untuk mengurangkan beban rakyat. Jumlah bantuan kerajaan sudah cecah RM10 bilion tahun ini.

“Dari segi harga, kita akui ada sedikit kenaikan tetapi masih jauh rendah dari negeri lain termasuk soal beras. Di Indonesia dengan kadar yang sama RM4.15 satu kilogram (kg), Thailand RM3.50 per kg, Malaysia pula antara RM2.60 dengan RM3.50 per kg.

Artikel Berkaitan:

“Dengan kos begitu, harga gula lebih rendah, minyak masak rendah tetapi kos penjualan lebhh tinggi terutama kalau lihat di tempat makan. Tidak barangan di pasar yang naik kecil berbanding harga (jual) di restoran,” jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28