Dua beradik curi kabel ditahan

Dua beradik ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan insiden curi kabel di sekitar Kampung Shaari, di Kluang.
Dua beradik ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan insiden curi kabel di sekitar Kampung Shaari, di Kluang.
A
A
A

KLUANG - Dua beradik ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan insiden curi kabel di sekitar Kampung Shaari, di sini, sejak hampir sebulan lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kedua-dua lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 27 hingga 29 tahun itu ditahan di Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam di sini, sekitar 9.30 malam, 19 Mac lalu.

Katanya, kedua-dua lelaki tersebut ditahan susulan laporan polis berkaitan kes kecurian kabel di kampung berkenaan pada 27 Februari lalu.

“Hasil siasatan mendapati, suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah dan dua rekod narkotik sementara suspek kedua mempunyai dua rekod narkotik.

“Saringan ujian air kencing pula mendapati kedua-duanya positif Methamphetamine. Kedua-dua lelaki berkenaan kemudiannya telah direman selama lima hari mulai 20 Mac lalu,” katanya.

“Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes kecurian kabel di sekitar daerah berkenaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 431 A Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pihak IPD Kluang di talian 07-7784222, 07-7784256, 07-7766822 atau 014-365682

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28