Sila log masuk terlebih dahulu.

Warga Selangor berpeluang bertemu Ketua Polis Daerah

A
A
A

BERITA SEMASA 22 MAC 2024

Masyarakat berpeluang berjumpa dengan Ketua Polis Daerah di 16 daerah seluruh Selangor, Sabtu ini, bagi menyampaikan aduan selain mendapatkan reaksi positif berkait sebarang isu jenayah, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminuralif Mohd Zoki.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penganjuran program ini sempena sambutan Hari Peringatan Polis ke-217.

Katanya, inisiatif ini bertujuan bagi mendapatkan reaksi positif untuk bertemu dengan polis selaras dengan slogan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' bagi mengurangkan jurang persepsi masyarakat terhadap polis serta memastikan masyarakat sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat.

Tambah Hussein, empat elemen diberi fokus dalam program yang akan diadakan pada 23 Mac 2024, bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #PolisSelangor #Polis #Selangor