Menteri Agama arah agensi di bawah JPM tangani isu 3R

Mohd Na'im (kiri) menyampaikan sumbangan kurma dan buah-buahan kering kepada Firdaus ketika ziarah Ramadan ke Kumpulan Karangkraf pada Isnin. Turut bersama Zamri. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mohd Na'im (kiri) menyampaikan sumbangan kurma dan buah-buahan kering kepada Firdaus ketika ziarah Ramadan ke Kumpulan Karangkraf pada Isnin. Turut bersama Zamri. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarahkan untuk memainkan peranan dalam menangani isu melibatkan agama, raja dan kaum (3R) lebih-lebih lagi jika ia dibangkitkan di media sosial.

Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, perdebatan isu 3R tidak dinafikan semakin hangat diperkatakan ketika ini dan ia amat penting untuk dikawal dalam usaha menyatupadukan semula masyarakat.

“Apabila masyarakat berpecah belah, maka rosaklah negara. Dalam konteks inilah rakyat perlu pastikan sentimen 3R tidak dimainkan, dijauhkan dan dihindarkan kerana ia sangat sensitif.

Mohd Na'im (lima dari kiri) bergambar bersama barisan pengurusan tertinggi dan warga kerja Karangkraf. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mohd Na'im (lima dari kiri) bergambar bersama barisan pengurusan tertinggi dan warga kerja Karangkraf. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Agama Islam melarang umatnya melakukan sebarang bentuk penghinaan atau mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan penganut agama dan bangsa lain.

“Jadi, toleransi dan hormati-menghormati sangat dianjurkan dalam Islam sebab kita nak bina penyatuan masyarakat agar negara aman serta damai,” katanya ketika hadir ke Ziarah Ramadan di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Isnin.

Hadir sama, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.

Artikel Berkaitan:

Mohd Na'im (dua dari kanan) ketika hadir ke Kompleks Kumpulan Karangkraf. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mohd Na'im (dua dari kanan) ketika hadir ke Kompleks Kumpulan Karangkraf. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Mohd Na'im turut menjelaskan, golongan agamawan di negara ini perlu menggerakkan segala usaha untuk menasihati orang ramai menggunakan platform yang sedia ada.

“Saya dah maklumkan mereka supaya menggerakkan usaha dan jangan duduk diam untuk ajak masyarakat bersatu padu serta memahami antara satu sama lain.

“Harapan saya agar masyarakat saling hormat-menghormati dan sentiasa pelihara kepelbagaian kaum di negara ini serta elakkan isu-isu kontroversi khususnya yang melibatkan kepentingan agama,” ujar beliau.

Dalam pada itu, menerusi kunjungan tersebut, Mohd Na'im tidak melepaskan peluang mengimamkan solat Zuhur dan menyampaikan sumbangan kurma serta buah-buahan kering kepada seluruh warga kerja Karangkraf.

Mohd Na'im menjadi imam solat Zuhur. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mohd Na'im menjadi imam solat Zuhur. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Menurut beliau, sumbangan berkenaan adalah tanda penghargaan buat rakan media Sinar Harian yang sentiasa membuat liputan berita mengenai JPM dan dirinya secara peribadi.

“Kita perlu bekerjasama dalam memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat adalah benar.

“Jadi, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga kita diberikan kekuatan ukhuwah untuk bekerja demi agama dan ALLAH SWT,” ulasnya lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28