Remaja lelaki ditahan disyaki rogol pelajar Tingkatan Tiga

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TAMPIN - Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selepas disyaki merogol pelajar perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di daerah ini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin,Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit pada hari sama daripada seorang wanita iaitu ibu mangsa.

"Wanita berkenaan menyatakan anak perempuannya yang berusia 15 tahun telah dirogol oleh seorang lelaki dipercayai teman lelaki anak perempuannya itu di rumahnya di sini.

"Remaja lelaki berkenaan kemudiannya ditahan pada jam 12.15 malam Ahad disyaki terlibat dalam kes ini oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, remaja lelaki terbabit tidak lagi bersekolah manakala mangsa masih bersekolah di tingkatan tiga.

"Siasatan oleh cawangan forensik juga telah dijalankan dan mangsa telah dibawa ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan doktor pakar Obstetrics & Gynaecology (O&G).

" Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaa dan siasatan masih diteruskan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: