'Sabar... tiga tahun lagi masalah air di Kelantan selesai' - Exco

Gambar hiasan. Gambar kecil: Datuk Dr Izani Husin
Gambar hiasan. Gambar kecil: Datuk Dr Izani Husin
A
A
A

KOTA BHARU - Rakyat Kelantan diminta bersabar tiga tahun lagi apabila masalah air yang membelenggu negeri ini lebih 20 tahun lalu akan selesai sepenuhnya pada 2027.

Exco Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata, hal ini kerana semua loji-loji yang dinaik taraf dan dibina akan siap sepenuhnya pada tahun tersebut.

"Jadi pada 2028 nanti, Kelantan akan mempunyai lebihan bekalan air," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini pada Ahad.

Menurut beliau, kerajaan negeri ketika ini dalam perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja menukar paip lama yang sudah reput dan tidak mampu bertahan lagi sejauh 5,000 kilometer (km) secara beransur-ansur.

Ujarnya, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,000 km perlu ditukar segera.

Dr Izani memberitahu, bagaimanapun setakat hari ini kerajaan negeri hanya berupaya melakukan kerja-kerja menukar paip pada jarak 150 km sahaja dalam tempoh setahun.

Tambah beliau, melalui perancangan terbaharu kerajaan negeri akan berbincangan dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam meningkatkan keupayaan untuk menukar paip-paip air tersebut.

"Yang meluluskan SPAN, yang lantik kontraktor adalah PAAB. Kita menunggu perkara ini untuk selesaikan sedikit demi sedikit.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH, kita akan cuba angkat kertas kerja kepada Perdana Menteri supaya mempercepatkan mengenai penukaran paip-paip ini. Jika kita mampu lantik ramai kontraktor kerja tukar paip dari 100 km dapat ditingkatkan kepada 250 km setahun," katanya.

Menurut Dr Izani, permohonan peruntukan untuk kerja-kerja akan dibuat mengikut kemampuan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28