Dua warga Malaysia maut kemalangan di Pattalung, Thailand

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PATTALUNG (Thailand) - Dua lelaki warga Malaysia maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan treler di Pattalung, Selatan Thailand pada petang Sabtu.

Timbalan Polis Khao Chaison, Leftenan Kolonel Polis Kiatichai Kuamit berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki empat warga Malaysia dan dipandu seorang warga Thailand itu rosak teruk, dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah treler.

Kedua-dua mangsa maut masing-masing berumur 63 tahun dan 58 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang berusia 23 tahun dan 73 tahun cedera parah.

Pemandu kereta berusia 41 tahun itu turut cedera parah.

"Setakat ini, identiti warga Malaysia yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti dan polis masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: