Dua lelaki warga asing cuba larikan kanak-kanak diberkas

Dua lelaki warga asing cuba larikan kanak-kanak diberkas
Dua lelaki warga asing cuba larikan kanak-kanak diberkas
A
A
A

KLANG - Seorang kanak-kanak perempuan menempuh detik mencemaskan apabila cuba dilarikan dua lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah pusat beli belah berdekatan Klang Sentral, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian berlaku ketika dua kanak-kanak itu bersama ibu mereka sedang menaiki eskalator di pusat beli belah berkenaan.

"Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, mangsa yang berumur setahun tujuh bulan itu secara tiba-tiba diangkat oleh dua lelaki warga asing dari arah belakang.

"Ibu mangsa yang terkejut dengan perbuatan dua suspek itu kemudiannya menjerit sebelum berjaya menarik semula anaknya daripada suspek," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, kedua-dua suspek itu cuba melarikan diri sejurus kejadian sebelum berjaya diberkas orang awam di lokasi berkenaan.

"Kedua-dua suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Kedua-dua suspek kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: