Tunku Azizah berkenan bertadarus bersama 600 wanita DUN Inderapura

Tunku Azizah turut mengalunkan bacaan al-Quran pada Majlis Tadarus dan Mahabbah Al-Quran pada Sabtu.
Tunku Azizah turut mengalunkan bacaan al-Quran pada Majlis Tadarus dan Mahabbah Al-Quran pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenaan merasmikan Majlis Tadarus dan Mahabbah Al-Quran daripada suara wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura di sini, pada Sabtu.

Kebarangkatan tiba Tunku Azizah ke Dewan PM Najib, kira-kira jam 9.15 pagi.

Turut hadir ke majlis itu, Yang Dipertua Persatuan Amal Isteri Wakil Rakyat Pahang (Teratai), Datuk Burhah Mohammed.

Majlis tersebut didahului dengan bacaan doa oleh Kadi Daerah Kuantan, Badaruddin Ahmad Bustami diikuti tadarus al-Quran.

Baginda berkenan meluangkan waktu membaca kalam suci itu bersama-sama peserta dalam majlis tersebut sekitar jam 9.30 pagi.

Sebahagian wanita DUN Inderapura yang terlibat dalam Majlis Tadarus dan Mahabbah Al-Quran pada Sabtu.
Sebahagian wanita DUN Inderapura yang terlibat dalam Majlis Tadarus dan Mahabbah Al-Quran pada Sabtu.

Kira- kira 600 wanita hadir mengimarahkan Majlis Tadarus dan Mahabbah Al-Quran anjuran DUN Inderapura.

Bacaan tadarus al-Quran yang dibaca oleh beberapa kumpulan bersama Tunku Azizah selesai jam 10.52 pagi.

Artikel Berkaitan:

Dalam majlis tersebut, Tunku Azizah berkenaan menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada 100 penerima daripada golongan asnaf.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif berkata, kesemua peserta yang terlibat dalam program berkenaan amat berbesar hati dengan kehadiran Tunku Azizah.

Menurutnya, ramai yang ingin menyertai program tersebut, namun jumlah peserta dihadkan kerana ruang dewan kecil.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28