Pemancing lari tinggalkan panah ikan

Jabatan Perikanan Negeri Sembilan menyita seunit panah ikan tradisional iaitu alat yang dilarang digunakan untuk menangkap ikan selepas ditinggalkan di tepi Sungai Limau, Kenaboi di sini.
Jabatan Perikanan Negeri Sembilan menyita seunit panah ikan tradisional iaitu alat yang dilarang digunakan untuk menangkap ikan selepas ditinggalkan di tepi Sungai Limau, Kenaboi di sini.
A
A
A

JELEBU - Jabatan Perikanan Negeri Sembilan menyita seunit panah ikan tradisional iaitu alat yang dilarang digunakan untuk menangkap ikan selepas ditinggalkan di tepi Sungai Limau, Kenaboi di sini.

Pelakunya dipercayai melarikan diri sebaik menyedari sepasukan anggota dari Unit Perikanan Darat, Pejabat Perikanan Daerah (PPD) Jelebu membuat penguatkuasaan di lokasi pada Jumaat.

Ketua operasinya, Timbalan Pegawai Perikanan Darat (TPPD), Mohd Azhar Jusoh berkata, operasi yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 3 petang itu disertai dua anggota.

"Setakat ini pelakunya tidak dapat dikesan, bagaimanapun kami ingin mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan peralatan penangkap ikan tidak dibenarkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan membuat laporan polis pada Jumaat selepas selesai operasi.
Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan membuat laporan polis pada Jumaat selepas selesai operasi.

"Kami mendapat maklumat mengenai aktiviti menembak ikan ini kebanyakannya dilakukan pada waktu malam sebab ikan dian (tidur), air pula jernih lebih mudah menangkap ikan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Ujarnya, pemantauan daripada masa ke masa akan dilakukan terutamanya di perairan Sungai Kongkoi dan Jeram Gading.

Amaran mengenai larangan menggunakan alat menangkap ikan turut diletakkan di IPD Jelebu.
Amaran mengenai larangan menggunakan alat menangkap ikan turut diletakkan di IPD Jelebu.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu,lokasi panas yang turut menjadi port pemancing merupakan Sungai Kenaboi dari Sungai Limau hingga Kampung Bertam dan Kampung Chennah hingga Kampung Poum di sini.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab ini boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) 1976, Negeri Sembilan yang boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,jika sabit kesalahan.

Pemantauan daripada masa ke masa akan dilakukan terutamanya di perairan Sungai Kongkoi dan Jeram Gading.
Pemantauan daripada masa ke masa akan dilakukan terutamanya di perairan Sungai Kongkoi dan Jeram Gading.

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan di Pejabat Perikanan berhampiran supaya tindakan susulan dapat diambil bagi pihak yang menangkap ikan menggunakan racun, tuba, pencemar, arus elektrik, panah ikan atau bahan letupan," katanya yang telah membuat laporan polis mengenai sitaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!