Remaja 17 tahun ditahan buat aksi 'wheelie'

Ops Samseng Jalanan yang dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di sekitar jalan Pangkal Chuit, Machang pada Khamis.
Ops Samseng Jalanan yang dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di sekitar jalan Pangkal Chuit, Machang pada Khamis.
A
A
A

MACHANG - Tindakan seorang remaja berusia 17 tahun melakukan aksi 'wheelie' sambil menunggu waktu berbuka puasa membawa padah apabila ditahan polis di jalan Pangkal Chuit di sini pada Khamis.

Aksi tersebut dilakukan pada jam 6.40 petang ketika remaja lelaki terbabit menunggang motosikal jenis Honda EX5.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, penahanan remaja itu dilakukan menerusi Ops Samseng Jalanan.

"Tindakan remaja berkenaan boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujarnya, polis akan terus melipatkan gandakan operasi dalam membanteras akitivi tidak bermoral tersebut.

Ahmad Shafiki memberitahu, golongan ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutama pada waktu malam.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: