GM Klang sedia jalan pintas cari keperluan raya

Koleksi baju Melayu yang terdapat di ‘Rioooh Raya Bazaar 2024’ dekat GM Klang.
Koleksi baju Melayu yang terdapat di ‘Rioooh Raya Bazaar 2024’ dekat GM Klang.
A
A
A

PUSAT Borong GM Klang (GM Klang) menganjurkan ‘Rioooh Raya Bazaar 2024’ dengan menampilkan lebih 40 reruai yang menawarkan pelbagai barang keperluan raya dengan harga yang berpatutan bermula 21 Mac hingga 9 April nanti.

Pengurus Kanan Komunikasi Jenama GM Klang, Norsuhaida Othman berkata, bazar yang diadakan di GM Klang itu beroperasi bermula 10 pagi hingga 8 malam dengan menawarkan pelbagai produk seperti pakaian raya untuk seisi keluarga, tudung, kuih-muih, barangan dekorasi dan kelengkapan rumah dan pewangi.

Antara koleksi pakaian raya yang terdapat di ‘Rioooh Raya Bazaar 2024’ dekat GM Klang.
Antara koleksi pakaian raya yang terdapat di ‘Rioooh Raya Bazaar 2024’ dekat GM Klang.

“Bazar ini ibarat jalan pintas kepada para pelanggan kerana ia membolehkan mereka membeli barang keperluan raya dalam satu ruang khas disediakan tanpa perlu membeli-belah di dalam kompleks.

“Rata-rata peserta reruai ini adalah pemborong-pemborong kami sendiri. Mereka menyediakan produk raya yang bersesuaian atau sama seperti di pasaran dan dijual dengan harga lebih istimewa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Poster Rioooh Raya Bazaar 2024.
Poster Rioooh Raya Bazaar 2024.

Menurut Norsuhaida, bazar tersebut turut menawarkan jongkong emas bernilai lebih RM10,000 untuk dimenangi oleh pelanggan yang berbelanja RM200 ke atas di mana-mana reruai tersebut.

“Mereka hanya perlu menunjukkan resit pembelian tersebut dan memuat turun aplikasi komuniti bisnes GM Klang untuk layak memilih kunci yang bertuah dan membuka peti mengandungi jongkong emas ditawarkan,” kata Nirsuhaida.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, sesi pemilihan kunci bertuah bagi membuka peti mengandungi jongkong emas itu akan dilakukan pada setiap Sabtu sepanjang bazar berlangsung iaitu pada 23, 30 Mac dan 6 April 2024 di kaunter khas berdekatan dengan kawasan bazar (tingkat bawah Blok A, GM Klang) bermula jam 2 petang hingga 5 petang.

“GM Klang sentiasa menjadi tumpuan menjelang hari raya bahkan ramai yang sudah menyerbu sebelum bermula bulan puasa lagi.

“GM Klang mempunyai pelbagai kedai borong yang menawarkan produk kelengkapan raya dan ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mendapatkan segalanya di bawah satu bumbung,” tambah Norsuhaida.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28