Pelita Raya Terengganu 2024

No Image Caption
A
A
A
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan berlatarkan dekorasi pelita pada program Pelita Raya Terengganu 2024 (Peliter@TTI 2024) di Taman Tamadun Islam (TTI), malam tadi.

Penganjuran program tersebut bertemakan 'Tradisi Diwarisi, Comeynya Peliter Itu' berlangsung selama lima hari bermula 19 Mac hingga 23 Mac ini dengan mengetengahkan konsep pelita raya pesisir air.

Program pelita raya merupakan satu tradisi yang diadakan setiap tahun di Terengganu dengan tema dan konsep berbeza untuk kepelbagaian dan dijangka mampu menarik lebih 40,000 pengunjung.

Keunikan pelita raya ialah peserta disyaratkan menggunakan barangan terpakai seperti tempurung, tin minuman, buluh dan botol untuk membuat binaan atau perhiasan bagi menggambarkan suasana raya.
Artikel Berkaitan: