Sultan Selangor berkenan rasmi Masjid At-Tuqo

Sultan Sharafuddin berkenan menandatangani plak perasmian Masjid At-Tuqo, Kampung Sungai Sireh di sini pada Khamis.
Sultan Sharafuddin berkenan menandatangani plak perasmian Masjid At-Tuqo, Kampung Sungai Sireh di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid At-Tuqo, Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini pada Khamis.

Ketibaan baginda kira-kira jam 6.30 petang itu diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 466 asnaf bernilai sebanyak RM233,000.

Seramai 58 asnaf fakir, 241 golongan miskin dan 167 saudara baharu dari daerah Kuala Selangor dengan sumbangan RM500 setiap penerima.

Sultan Sharafuddin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih bersama rakyat.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menamakan masjid tersebut dengan nama Masjid At-Tuqo pada majlis perasmian berkenaan.

Masjid At-Tuqo yang berusia 74 tahun mula dibina pada tahun 1950 dengan kos pembinaan RM10,000 dan kemudiannya diubahsuai dengan perbelanjaan RM130,000 pada tahun 1978.

Artikel Berkaitan:

Masjid berkeluasan 0.8 hektar itu mampu memuatkan seramai 700 jemaah di ruang solat dan ruang limpah melibatkan dua kariah iaitu Kampung Ampangan dan sebahagian Kampung Haji Razali.