Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina LBS

Al-Sultan Abdullah,Tunku Azizah dan Tengku Hassanal berkenan melakukan acara gaulan ‘Yee Sang’ bersama Hock San (kiri) dan isterinya.
Al-Sultan Abdullah,Tunku Azizah dan Tengku Hassanal berkenan melakukan acara gaulan ‘Yee Sang’ bersama Hock San (kiri) dan isterinya.
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Menjunjung Kasih dan Minum Petang Tahun Baru Cina anjuran Pemaju hartanah, LBS Bina Group Berhad (LBS), di sebuah hotel, di Kuala Lumpur, kelmarin.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah memegang Kipas Seni Kaligrafi Cina sebagai simbolik pembuka acara di Majlis Menjunjung Kasih dan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 LBS, di sebuah hotel, di Kuala Lumpur.

Hadir sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Group Berhad (LBS), Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Agong dan Permaisuri, serta memuji komitmen, kebijaksanaan serta bertimbang rasa di sepanjang tempoh pemerintahan Baginda berdua.

LIM HOCK SAN
LIM HOCK SAN

Beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga LBS, termasuk kakitangan, pemegang saham, rakan kongsi perniagaan dan rakan media yang mengiktiraf komitmen berterusan dan peranan penting mereka dalam kejayaan organisasi.

Menurutnya, sebagai pemaju hartanah pilihan rakyat, LBS kekal teguh dalam komitmennya dalam memberi sokongan dalam memupuk perpaduan dan menyediakan penyelesaian perumahan berkualiti tinggi dan boleh dicapai.

Artikel Berkaitan:

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah dan Tengku Hassanal bergambar bersama Hock San (kiri) dan isterinya (kanan) pada Majlis Menjunjung Kasih dan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 LBS, di sebuah hotel, di Kuala Lumpur.

“Komitmen ini sejajar dengan tanggungjawab sosial korporat LBS termasuk cita-cita syarikat untuk mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.

“Kepada para pemimpin, rakan-rakan dan ahli keluarga yang hadir pada hari ini, saya menyampaikan hasrat ikhlas agar anda semua dilimpahi dengan kemewahan dan kejayaan sempena tahun Naga ini.

“Dedikasi Tuanku kepada rakyat, di dalam mengukuhkan perpaduan dan pembangunan progresif di negara kita telah meninggalkan kesan yang luar biasa dan akan diingati oleh negara untuk tahun-tahun yang mendatang,”katanya.

No Image Caption