Pekerja kontrak tidak mengaku amang seksual kanak-kanak 11 tahun

Nalenthiran dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Teluk Intan selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.
Nalenthiran dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Teluk Intan selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.
A
A
A

TELUK INTAN - Pekerja kontrak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu berusia 11 tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh, VK Nalenthiran, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menyentuh mangsa di bahagian dada, perut dan alat sulit bagi maksud seksual.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Batu 3½ di sini sekitar jam 11.30 pagi pada 10 Mac lalu.

Pertuduhan terhadap bapa kepada seorang anak itu dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Rishan Kumar manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Kumaresen.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan yang mana tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis sebulan sekali dan tidak boleh mengganggu atau mendekati mangsa.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 April ini untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

p>Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28