Tak solat walaupun berpuasa

SEKALIPUN penat ketika berpuasa, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita meninggalkan kewajipan menunaikan solat fardu. -Foto: Canva
SEKALIPUN penat ketika berpuasa, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita meninggalkan kewajipan menunaikan solat fardu. -Foto: Canva
A
A
A

WALAUPUN penat dan letih ketika berpuasa, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak menunaikan solat.

Mengertilah, kedua-dua ibadah itu termasuk dalam lima Rukun Islam yang wajib disempurnakan oleh semua umat Islam.

Justeru, jangan anggap remeh perihal ibadah fardu kerana ia bukan pilihan. Tidak boleh untuk kita berpuasa sahaja, tetapi meninggalkan solat fardu. Begitu juga sebaliknya.

Sedangkan, kedua-dua ibadah tersebut datangnya ALLAH SWT.

Pendakwah Ustazah Asma’ Harun menjelaskan, dalam isu puasa, tetapi tidak solat, para ulama berselisih pendapat tentangnya.

USTAZAH ASMA'
USTAZAH ASMA'

Menurut pandangan pertama iaitu daripada Mazhab Hanbali dan sebahagian ulama masa kini, katanya, individu sebegitu dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasanya.

Artikel Berkaitan:

“Mereka perlu bertaubat kepada ALLAH SWT dan kembali mengerjakan solat.

“Bagaimanapun, pendapat kedua yang dikemukakan kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr Ahmad Syarbashi, Dr Muhammed Al-Bakri Ismail dan lain-lain menyatakan, mereka yang tidak solat tetapi berpuasa, puasa mereka dianggap sah, cuma tidak diberi pahala,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Antara kedua-dua pandangan itu, Asma’ lebih cenderung dengan pandangan kedua yang menyatakan, puasa mereka tetap sah walaupun tidak solat, tetapi tidak beroleh pahala.

Walaupun solat tidak termasuk sebagai antara syarat-syarat sah berpuasa, tetapi ujar beliau, ia merupakan kewajipan yang mesti dipatuhi oleh orang Islam.

“Bagaimanapun, ia tetap dikira sebagai dosa besar kerana meninggalkannya (solat) walaupun seseorang itu telah berpuasa pada bulan Ramadan.

BAIK solat fardu mahupun puasa pada bulan Ramadan, kedua-duanya wajib dikerjakan oleh umat Islam. -Foto: Canva
BAIK solat fardu mahupun puasa pada bulan Ramadan, kedua-duanya wajib dikerjakan oleh umat Islam. -Foto: Canva

“Hal ini kerana dia telah menafikan Rukun Islam lain yang wajib dipatuhinya juga iaitu solat,” terangnya.

Seperkara lagi, kewajipan solat tetap perlu dilunaskan. Umat Islam yang meninggalkan solat fardu, wajib mengqadakan solat yang ditinggalkan itu.