Tema Gaya Riang Raya Sunway Malls cipta kelainan

HC Chan
HC Chan
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SUNWAY Malls melancarkan Gaya Riang Raya sebagai tema sambutan hari raya untuk enam pusat beli-belah mereka tahun ini bermula 14 Mac hingga 14 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls and Theme Parks, HC Chan berkata, setiap rangkaian pusat membeli-belahnya kini telah dihiasi seakan fabrik berwarna-warni ala suasana bazar jualan Souk di Maghribi.

Menurutnya, selain itu setiap pusat membeli-belah menawarkan pengalaman interaktif dan mempunyai keunikannya tersendiri.

“Kita mahu pengunjung merasai kelainan dan peluang untuk merakamkan mengabadikan gambar kenangan di Sunway Pyramid dengan Gaya Photo Booth dan boleh membawa pulang gambar yang boleh terus dicetak,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Chan berkata, Sunway Velocity Mall menampilkan pencahayaan interaktif dalam atrium utama mereka, menambah dimensi keseronokan tambahan kepada pengalaman membeli-belah.

“Di Sunway Putra Mall pula pengunjung boleh mengunjungi pameran tanah liat dalam terowong interaktif yang mempamerkan karya seni tanah liat buatan tangan oleh Touch of Clay.

"Sunway Big Box Retail Park memperkenalkan tarikan baharu iaitu Sensory Gaya Lava Land, yang pastinya memberikan pengalaman yang mengasyikkan serta mesra autisme,” katanya.

Chan berkata, bukan setakat itu sahaja, setiap Sunway Malls menawarkan barangan penebusan unik untuk pengunjung iaitu set sampul duit raya, Gaya Raya eksklusif sentuhan pelukis tempatan, Nas Suha.

Artikel Berkaitan:

“Paling penting setiap ahli Sunway Super App juga memperoleh 30X mata khas musim perayaan dengan setiap pembelian di mana-mana Sunways mall,” katanya.

Info Sunway Malls

Sunway Putra Mall

Sunway Pyramid

Sunway Velocity Mall

Sunway Carnival Mall

Sunway Big Box & Sunway Citrine Hub

Sunway Giza Mall