Agong berkenan rasmi sambutan Hari Hutan Antarabangsa

Al-Sultan Abdullah menyempurnakan gimik perasmian sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang dan perasmian Pejabat Hutan Daerah Rompin di Rompin pada Rabu.
Al-Sultan Abdullah menyempurnakan gimik perasmian sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang dan perasmian Pejabat Hutan Daerah Rompin di Rompin pada Rabu.
A
A
A

ROMPIN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang dan perasmian Pejabat Hutan Daerah Rompin di sini pada Rabu.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Roslan Rani.

Hari Hutan Antarabangsa disambut pada 21 Mac setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan hutan serta pemeliharaan dan pemuliharaannya.

Seiring dengan temanya, 'Hutan dan Kesihatan' ia menekankan keseimbangan hubungan antara manusia dan kesihatan yang mana hutan memainkan peranan penting dalam keseimbangan ekosistem alam semula jadi serta menyediakan keperluan asas seperti air dan udara yang bersih.

Sementara itu, Pejabat Hutan Daerah Rompin yang disempurnakan perasmiannya oleh Seri Paduka Baginda dibina bermula November 2019 dan telah siap sepenuhnya Jun lalu.

Pejabat Hutan Daerah Rompin.
Pejabat Hutan Daerah Rompin.

Bangunan yang dibina dengan ciri-ciri reka bentuk terkini dan dilengkapi kemudahan pejabat yang moden itu menelan kos RM4.5 juta.

Dengan siapnya bangunan baharu itu, ia secara tidak langsung memberi suntikan dan dorongan semangat kepada warga Jabatan

Artikel Berkaitan:

Perhutanan Negeri Pahang untuk memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan dalam pentadbiran dan pengurusan hutan daerah Rompin.