X

Kindly register in order to view this article
!

Enam staf bank muntah, pening kepala terhidu racun serangga

Anggota bomba memasang tali kuning di hadapan premis bank bagi mengelak daripada orang ramai dan pelanggan masuk.
A
A

NIBONG TEBAL - Enam kakitangan sebuah bank di Jalan Besar Sungai Bakap di sini mengalami muntah dan pening kepala selepas terhidu bahan kimia pembasmi anai-anai yang disembur di dalam premis berkenaan petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, dalam kejadian jam 1.06 minit petang itu kesemua pekerja sedang menjalankan tugas di pejabat sebelum terhidu bau yang kurang menyenangkan.

Menurutnya, lima pekerja yang mengalami muntah dan pening kepala dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut.

Anggota bomba membuat pemeriksaan di dalam bank berkenaan.
Anggota bomba membuat pemeriksaan di dalam bank berkenaan.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa diberi rawatan di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian.

"Kita menerima maklumat awal berlaku kebocoran kimia di bank berkenaan dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap dan Perai bergegas ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti masalah yang berlaku.

"Anggota yang membuat pemeriksaan memakai set alat pernafasan bagi mengelak daripada terhidu bahan kimia berkenaan dan bank berkenaan ditutup seketika dari dimasuki orang awam," katanya ketika dihubungi di sini.

Jurucakap berkenaan berkata, daripada maklumat yang diperoleh dari pegawai bank yang bertanggungjawab mengesahkan bahawa premis tersebut dalam proses pembasmian serangga perosak dan telah disembur dengan bahan pembasmi anai-anai.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus