Rezal Zambery dilantik penolong ketua jurulatih KDN FC

Rezal Zambery (kanan) dilantik sebagai penolong ketua jurulatih KDN FC
Rezal Zambery (kanan) dilantik sebagai penolong ketua jurulatih KDN FC
A
A
A

KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) melantik Rezal Zambery Yahya sebagai penolong ketua jurulatih pasukan itu bagi mengharungi musim baharu Liga Super 2024-2025.

Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata, kehadiran Rezal Zambery tepat pada masanya selepas beliau dilihat berjaya membangunkan pemain muda seperti dilakukan dengan pasukan sebelum ini.

“Dengan menggunakan tenaga muda dan padanan Rezal Zambery bersama jurulatih yang sudah kami ambil, Insya-ALLAH akan membolehkan KDN FC memberi cabaran hebat dalam saingan Liga Super.

“Kami juga percaya Rezal Zambery akan meletakkan pasukan ini dalam landasan yang sebenar sekali gus menaikkan nama KDN FC,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, barisan pegawai dan kejurulatihan KDN FC menandatangani kontrak musim 2024-2025 di Pejabat Urusan Kelab di Bangunan Astaka Stadium Sultan Muhammad IV pada Isnin.

Rezal Zambery (kanan) bersama KDN FC dalam mengharungi Liga Super musim 2024-2025.
Rezal Zambery (kanan) bersama KDN FC dalam mengharungi Liga Super musim 2024-2025.

Dalam pada itu, Rozi berkata, pihaknya juga akan melakukan usaha terbaik dalam pasukan untuk memberi cabaran kepada pesaing-pesaing liga musim ini.

“Kami mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat baut Sang Kijang Emas.

Artikel Berkaitan:

“Musim ini, kami akan usahakan yang terbaik agar mampu memberi cabaran kepada kelab-kelab Liga Malaysia yang lain,” katanya.

Zambery sebelum ini menggalas peranan sebagai Pengarah Pembangunan Akar Umbi KDN FC semasa pasukan itu dikenali sebagai Kelantan United FC.

Selain beliau, pengurusan Kijang Emas turut mengumumkan perlantikan Ashadi Mohd Yusof sebagai penolong jurulatih dan Abdul Rahman Baba sebagai jurulatih penjaga gol.

Identiti jurulatih baharu yang bakal mengisi kerusi panas KDN FC dijangka diketahui tidak lama lagi.

Pada musim 2023, pasukan itu menggunakan khidmat jurulatih Republik Czech, Tomas Trucha sebelum membawa masuk jurulatih Brazil, Ailton Silva.