KPDN Pulau Pinang rampas 268 unit topi keledar 'copy ori'

Pegawai KPDN memeriksa topi keledar yang dipercayai diciplak salinan karya seni.
Pegawai KPDN memeriksa topi keledar yang dipercayai diciplak salinan karya seni.
A
A
A

GEORGE TOWN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 268 unit topi keledar jenama ARAI 'copy ori' di sebuah premis di Bukit Mertajam pada Isnin.

Pengarahnya, RS Jegan berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat pemilik hak cipta berhubung penjualan barang salinan langgaran karya seni dibawah Akta Hak Cipta 1987.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di premis tersebut, telah menemukan topi keledar jenama TSR yang mengandungi tanda karya seni ARAI sebanyak 268 unit yang terdiri dari pelbagai model, antaranya Nakano Shukiken Silver, Black Samurai dan Oriental Blue.

"Kesemua topi keledar yang dirampas melibatkan sitaan bernilai RM70,240.

"KPDN Pulau Pinang ingin memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan,"katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Hak Cipta 1987 boleh didenda tidak lebih RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan berikutnya, pihak terbabit berdepan didenda sehingga RM40,000 bagi setiap salinan langgaran atau dipenjarakan sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan: