[VIDEO] 'Content' berbentuk pendidikan digalakkan - Fadhlina

A
A
A

IPOH - Penggunaan media sosial dalam kalangan guru adalah digalakkan selagi tidak melanggar garis panduan ditetapkan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, perkara itu termasuklah memuat naik kandungan yang berbentuk pendidikan dan pembelajaran yang memberi manfaat serta panduan murid.

Fadhlina beramah mesra bersama barisan guru Sekolah Raja Perempuan Taayah sempena program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024 Peringkat Negeri Perak pada Isnin.
Fadhlina beramah mesra bersama barisan guru Sekolah Raja Perempuan Taayah sempena program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024 Peringkat Negeri Perak pada Isnin.

"Kita galakkan 'content' ini dibuat dalam bentuk yang memberikan pendidikan seperti membantu subjek-subjek murid.

"Juga yang memberi kesedaran berkaitan pendidikan, itu kita sangat galakkan," katanya ketika ditemui pemberita dalam program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024 Peringkat Negeri Perak di Sekolah Raja Perempuan Taayah di sini pada Isnin.

Fadhlina menunjukkan nama ibunya, Siti Zaleha Mohd Noor yang terpahat dalam senarai Ketua Umum Sekolah Raja Perempuan Taayah.
Fadhlina menunjukkan nama ibunya, Siti Zaleha Mohd Noor yang terpahat dalam senarai Ketua Umum Sekolah Raja Perempuan Taayah.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Rafiq Razali yang mendesak guru supaya tidak menjadikan pelajar sebagai kandungan di media sosial, terutamanya jika tanpa kebenaran ibu bapa.

Fadhlina berkata, isu berkenaan telah ditegaskan berulang kali dan guru di semua peringkat sekolah perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan.

Artikel Berkaitan:

"Kita ada garis panduan di peringkat Kementerian Pendidikan dan kita dah minta semua guru patuhi panduan tersebut kalau nak buat 'content'," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, program Jaulah Ramadan akan menjelajah ke 48 sekolah terpilih seluruh negara sepanjang Ramadan ini.

Katanya, selain memperkukuh hubungan antara warga kementerian dengan pentadbir sekolah, siri turun padang itu juga bagi meninjau bantuan dan peruntukan lain yang diperlukan di peringkat sekolah.

Fadhlina bersama Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson menyantuni pelajar sempena program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024 Peringkat Negeri Perak di Sekolah Raja Perempuan Taayah di Ipoh pada Isnin.

"Ada pelbagai pengisian telah diatur antaranya tazkirah, solat berjemaah dan penghayatan hadis 40.

"Kita harap program ini dapat meningkatkan penghayatan Ramadan kalangan pelajar terutama yang beragama Islam," katanya.

Selain Sekolah Raja Perempuan Taayah, dua lagi sekolah di Perak iaitu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah dan Sekolah Raja Permaisuri Bainun turut terpilih menyertai program berkenaan.

Menerusi program itu, seramai 150 pelajar asnaf daripada sekolah tersebut menerima sumbangan daripada Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Yayasan Didik Negara.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28