Rezeki jual teh ais, kebab RM3

Jaafar turut menjual roti pita kebab dengan harga RM3 setiap satu
Jaafar turut menjual roti pita kebab dengan harga RM3 setiap satu
A
A
A

TEMERLOH - Seorang peniaga di bazar Ramadan Lurah Semantan di sini mampu menjual hingga 800 bungkus teh ais sehari.

Dengan harga RM3 sebungkus dan dua bungkus RM5, Jaafar Baderi, 48, memilih untuk terus kekal menjual dengan harga tersebut sejak lima tahun lalu.

Menurutnya, walaupun berdepan pelbagai kenaikan harga barang, dia masih boleh meraih keuntungan.

Jaafar(dua dari kanan) bersama jualan teh ais yang dijual dengan harga RM3 sebungkus dan RM5 dua bungkus
Jaafar(dua dari kanan) bersama jualan teh ais yang dijual dengan harga RM3 sebungkus dan RM5 dua bungkus

"Teh ais yang dijual menggunakan susu sepenuhnya, tiada gula selain teh yang sesuai.

"Tapi saya rasa tetap boleh menampung kos, boleh lagi dapat untung selain dapat bersedekah pada bulan mulia ini," katanya telah meniaga di tapak itu sejak tujuh tahun lalu.

Selain menjual minuman tersebut, Jaafar juga menjual roti pita kebab ayam dan daging dengan harga RM3 setiap satu.

Artikel Berkaitan:

Jaafar menjual roti pita kebab ayam dan daging dengan harga RM3 setiap satu.
Jaafar menjual roti pita kebab ayam dan daging dengan harga RM3 setiap satu.

"Ini tahun pertama saya jual kebab dan tetap memilih dengan harga berpatutan walaupun kebanyakannya sudah jual hingga harga RM5.

"Saya berharap dengan harga sebegini dapat memberikan banyak peluang dan mengurangkan beban orang ramai," tambahnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28