Rumah dijadikan transit simpan minyak diesel

KPDN Kelantan menyerbu sebuah rumah di Kampung Ketil Pengkalan Kubor, Tumpat pada Ahad selepas dipercayai menjadi transit simpanan minyak diesel sebelum diseludup ke negara jiran.
KPDN Kelantan menyerbu sebuah rumah di Kampung Ketil Pengkalan Kubor, Tumpat pada Ahad selepas dipercayai menjadi transit simpanan minyak diesel sebelum diseludup ke negara jiran.
A
A
A

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyerbu sebuah rumah di Kampung Ketil Pengkalan Kubor, di sini pada Ahad selepas dipercayai menjadi transit simpanan minyak diesel sebelum diseludup ke negara jiran.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, dalam serbuan jam 5.30 petang itu KPDN Kelantan berjaya menyita kira-kira 150 liter minyak diesel.

"Terdahulu hasil maklumat pasukan risikan menyatakan rumah tersebut dijadikan transit simpanan sementara barang kawalan, disyaki akan dibawa ke pangkalan haram untuk diselewengkan.

"Kesemua barang kawalan diisi dalam tong-tong jerikin dijumpai bersama sebuah lori jenis Mitsubishi Canter berhampiran rumah berkenaan dan disita pasukan operasi," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Menurut beliau, walau bagaimanapun tiada suspek dikesan di lokasi kejadian tersebut.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Azman memberitahu, kejayaan ini hasil Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor di sempadan negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: