X

Kindly register in order to view this article
!

Dua remaja berlumba secara haram ditahan

Dua remaja yang ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya tengah malam tadi.
A
A

KUALA PERLIS - Dua remaja ditahan polis selepas dipercayai berlumba di Kilometer 10 Jalan Kuala Perlis - Changlun berhampiran jejambat Titi Chai di sini tengah malam tadi.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perlis, Deputi Superintendan Rusli Yahaya berkata, kedua-dua remaja berusia 15 dan 20 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan kerana menunggang secara berbahaya.

"Dau remaja lelaki yang menunggang motosikal Jenis Yamaha 15zr dan Yamaha LC135 ditahan ketika sedang berlumba sesama.

"Mereka sebelum itu dilihat melakukan aksi berbahaya dengan menundukkan badan dan memotong sesama sendiri dalam kelajuan yang tinggi," katanya.

Menurutnya, anggota polis yang berpakaian preman bertindak mengekori remaja tersebut dan seterusnya berjaya membuat tangkapan di kawasan Kangar.

“Remaja terbabit direman sehari dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!