Operator kilang dicekup, terima upah RM50,000 jadi transporter dadah

Kok Chin (tiga dari kiri) menunjukkam rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram bernilai lebih RM2.5 juta dalam serbuan di kawasan parkir sebuah bangunan di Kuala Kangsar pada Sabtu.
Kok Chin (tiga dari kiri) menunjukkam rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram bernilai lebih RM2.5 juta dalam serbuan di kawasan parkir sebuah bangunan di Kuala Kangsar pada Sabtu.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Menerima upah sehingga RM50,000 menyebabkan seorang operator kilang sanggup menggadai nyawa sebagai transporter dadah sejak empat bulan lalu.

Kegiatan lelaki berusia 33 tahun itu bagaimanapun tumpas selepas dia ditahan bersama seorang rakannya dalam satu serbuan di kawasan parkir sebuah bangunan di sini pada Sabtu.

Serbuan sekitar jam 4.10 petang itu membawa kepada rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram bernilai lebih RM2.5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Khaw Kok Chin berkata, kesemua dadah berkenaan ditemui tersorok dalam tiga beg pakaian berwarna hitam dan berzip yang diletakkan di bahagian belakang sebuah kereta jenis Mercedes Benz dipandu suspek.

Kok Chin memeriksa kereta jenis Mercedes Benz yang dirampas dalam serbuan di kawasan parkir sebuah bangunan di Kuala Kangsar pada Sabtu.
Kok Chin memeriksa kereta jenis Mercedes Benz yang dirampas dalam serbuan di kawasan parkir sebuah bangunan di Kuala Kangsar pada Sabtu.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan ke atas beg berkenaan kemudiannya menemui 50 bungkusan oren yang didalamnya mengandungi dadah jenis methamphetamine.

"Suspek bersama rakannya berusia 31 tahun itu didapati berperanan sebagai transporter dengan menyeludup masuk bekalan dadah dari negeri di utara Malaysia menggunakan kereta bagi pasaran tempatan.

"Maklumat diterima daripada intipan, sindiket ini memang kerap melalui kawasan sama yang membawa kepada tangkapan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Kok Chin berkata, siasatan lanjut mendedahkan, suspek yang mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah itu menerima upah RM50,000 bagi setiap penghantaran, manakala rakannya yang bekerja sebagai pendawai elektrik menerima bayaran RM500.

Serbuan sekitar jam 4.10 petang itu membawa kepada rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram bernilai lebih RM2.5 juta.
Serbuan sekitar jam 4.10 petang itu membawa kepada rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram bernilai lebih RM2.5 juta.

Katanya, kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 23 Mac depan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Saringan awal polis mendapati, kedua-dua mereka positif dadah jenis methamphetamine. Kereta yang dinaiki pula disahkan milik bapa kepada rakan suspek," katanya.

Beliau berkata, kejayaan operasi berkenaan adalah rampasan dadah tersebar di Perak setakat ini sekali gus menumpaskan aktiviti pengedaran dadah jenis methamphetamine bagi pasaran tempatan.

Ujarnya, siasatan akan diteruskan untuk mengesan saki baki ahli sindiket untuk dibawa ke muka pengadilan.

"Suspek yang ditahan ini hanyalah transporter, kita sedang mencari bos besar mereka.

"Harap masyarakat akan terus membantu dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka kepada polis," katanya.