Budak 8 tahun kena cabul bapa saudara pengasuh

Gambar kecil: Razmi
Gambar kecil: Razmi
A
A
A

KUALA NERUS - Seorang jururawat membuat laporan polis selepas mengesyaki anak perempuannya berusia 8 tahun menjadi mangsa cabul bapa saudara kepada pengasuh anaknya, Disember lalu.

Bagaimanapun, insiden hitam tersebut hanya diceritakan kanak-kanak itu kepada ibunya yang berusia 54 tahun itu ketika mereka sedang berehat di rumahnya, baru-baru ini.

Menurut sumber, mangsa mendakwa ketika berada di rumah pengasuhnya, lelaki terbabit melakukan perkara tidak senonoh kepadanya tanpa diketahui sesiapa termasuk pengasuh.

Katanya, disebabkan terlalu takut, mangsa merahsiakan perbuatan tidak senonoh suspek selama ini, namun memutuskan untuk mendedahkan perkara tersebut kerana bimbang kejadian sama berulang lagi.

"Terkejut dengan penjelasan mangsa dan tidak berpuas hati dengan perbuatan suspek, wanita itu terus pergi ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Artikel Berkaitan: