Kolaborasi Alif Satar, Olive House bakal cetus inspirasi kesihatan

Alif Satar (kiri) diperkenalkan sebagai duta Olive House Presiden Aafiyat Holdings Sdn Bhd, Aidil Azwal Zainudin di Aman Central, Alor Setar.
Alif Satar (kiri) diperkenalkan sebagai duta Olive House Presiden Aafiyat Holdings Sdn Bhd, Aidil Azwal Zainudin di Aman Central, Alor Setar.
A
A
A

ALOR SETAR - Penyanyi, pelakon, dan hos terkenal, Alif Satar dipilih sebagai duta jenama Olive House tahun 2024 oleh pengurusan Aafiyat Holdings Sdn Bhd.

Presiden Aafiyat Holdings Sdn Bhd, Aidil Azwal Zainudin berkata, produk kesihatan menerusi tagline ‘realizing aafiyat lifestyle’ akan bersama-sama Alif bagi memupuk kefahaman segenap masyarakat Malaysia tentang kepentingan kesihatan bersama menjalani gaya hidup sihat.

Dari kanan: Dr Muhamad Hazwan Nazri, Alif Satar, Aidil Azwal dan Dr Zubaidi Ahmad menunjukkan produk Olive House.
Dari kanan: Dr Muhamad Hazwan Nazri, Alif Satar, Aidil Azwal dan Dr Zubaidi Ahmad menunjukkan produk Olive House.

Menurutnya, langkah proaktif yang disambut oleh Alif adalah seiring sebagai seorang pejuang gaya hidup aafiyat di kalangan masyarakat, di samping beberapa Ikon Aafiyat lain seperti Dr Zubaidi Ahmad dan Dr Muhamad Hazwan Nazri.

"Popularitinya dan hubungan yang tulus dengan rakyat Malaysia adalah sebab mengapa kami memilih beliau (Alif Satar).

"Terima kasih Alif Satar, kerana bekerjasama dengan kami untuk menjadikan misi ‘Merealisasikan Gaya Hidup Aafiyat’ ini lebih bermakna dan menyeronokkan untuk semua," katanya ditemui di Aman Central, di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Alif (kiri) menandatangani replika minyak zaitun Olive House sebagai simbolik sebagai duta produk jenama itu bagi tahun 2024.
Alif (kiri) menandatangani replika minyak zaitun Olive House sebagai simbolik sebagai duta produk jenama itu bagi tahun 2024.

Selain itu, turut diadakan sesi ‘Meet & Greet’ bersama Alif yang memberikan peluang kepada 100 peminat bertuah untuk merakamkan gambar kenangan yang diadakan selama hampir sejam bersama duta itu.

Aidil Azwal yang juga pengasas Olive House berkata, kerjasama ini bukan sekadar kolaborasi biasa, tetapi satu pengiktirafan terhadap kesungguhan Alif Satar dan Olive House dalam memperjuangkan gaya hidup sihat bagi masyarakat Malaysia

Program tersebut juga dimeriahkan dengan pemberian bantuan baju raya dan duit raya kepada 15 anak yatim PERKIM dan lima anak yatim piatu dari Sungai Petani.

Sumbangan itu dilakukan dengan kerjasama Yayasan Jariah Aafiyat, sebuah subsidiari kepada Aafiyat Holdings Sdn Bhd bersama Jakel Alor Setar.

Alif (tengah) bergambar dengan 15 anak yatim PERKIM dan lima anak yatim piatu dari Sungai Petani yang menerima bantuan baju raya dan duit raya.
Alif (tengah) bergambar dengan 15 anak yatim PERKIM dan lima anak yatim piatu dari Sungai Petani yang menerima bantuan baju raya dan duit raya.

Sementara itu, Alif pada sidang akhbar mengakui dirinya mendapat manfaat kesan pengunaan produk keluaran Olive House tersebut seperti minyak zaitun.

"Kali pertama guna saya terkejut juga (manfaat dan kesan positif produk Olive House) dengan aktiviti saya yang sibuk dan senaman. Saya yakin dengan produk ini.

"Saya positif dan menyokong produk yang sihat. Saya selalu pentingkan kesihatan dan dapat rasa ada sinergi saya dengan Olive House, harap kerjasama ini lama," kata beliau.

Antara tetamu kenamaan Olive House yang turut memeriahkan majlis mengumumkan Alif Satar sebagai duta.
Antara tetamu kenamaan Olive House yang turut memeriahkan majlis mengumumkan Alif Satar sebagai duta.

Bagi maklumat lanjut mengenai kerjasama ini dan produk-produk terkini Olive House, boleh layari laman web rasmi di Olive House atau Facebook: Olive House Malaysia HQ dan Instagram: Malaysiaolivehouse.