Mayat lelaki ditemukan terapung di kunci air

Mayat mangsa dibawa naik menggunakan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kejadian dekat kunci air Sungai Klang, Seksyen 17 di sini pada Sabtu. Foto Ihsan JBPM Shah Alam
Mayat mangsa dibawa naik menggunakan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kejadian dekat kunci air Sungai Klang, Seksyen 17 di sini pada Sabtu. Foto Ihsan JBPM Shah Alam
A
A
A

SHAH ALAM - Mayat seorang lelaki warga Nepal ditemukan terapung dekat kunci air Sungai Klang, Seksyen 17 di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 11.56 pagi daripada orang awam.

"Mangsa ditemukan dalam keadaan telungkup selain lengkap berpakaian.

"Selain itu, identiti mangsa disahkan menerusi salinan pasport ditemui pada mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

"Pemeriksaan pihak Forensik Selangor ke atas badan mangsa mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh badan yang boleh menyebabkan kematian.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: