'Denda' RM20 pelanggan tak habis makanan

Cef Nor Arazman memasang notis peringatan kepada pelanggan supaya tidak membazir makanan.
Cef Nor Arazman memasang notis peringatan kepada pelanggan supaya tidak membazir makanan.
A
A
A

NILAI - Bagi mengelakkan pembaziran makanan pada bulan Ramadan, sebuah restoran di sini mengenakan caj penalti RM20 kepada pelanggannya yang berbuat demikian.

Syarat itu mula diperkenalkan restoran Gastrohub di sini, pada Ramadan kali ini selepas mendapati sesetengah pelanggan mengambil makanan secara berlebihan tetapi akhirnya tidak mampu dihabiskan.

Menurut Ketua Cef, Nor Arazman Aljunid, 42, pendekatan itu bukannya mahu menyekat pelanggan untuk makan, tetapi mendidik mereka supaya tidak mengambil makanan mengikut nafsu semata-mata.

"Berdasarkan pengalaman lalu, kita tengok pelanggan ini akan ambil makanan secara banyak sehingga penuh di atas meja.

Notis peringatan kepada pelanggan supaya tidak membazir makanan dipaparkan di premis.
Notis peringatan kepada pelanggan supaya tidak membazir makanan dipaparkan di premis.

"Sebaiknya ambil makanan apa yang kita nak makan dahulu dan apabila dihabiskan, baru ambil makanan lain supaya tidak membazir," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Ujarnya, syarat tersebut akan dimaklumkan kepada pelanggan ketika mereka membuat tempahan bufet selain notis peringatan turut dipaparkan di premis.

Tambahnya, caj itu akan dikenakan pada 100 gram makanan yang tidak dihabiskan pelanggan dan ia akan dinilai ketika meja dibersihkan.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini tiada lagi yang dikenakan penalti itu. Kita juga hidangkan makanan mengikut jumlah kehadiran. Bila makanan dah nak habis, baru kita akan masak lain. Kita tak mahu ada berlebihan.

Cef Nor Arazman mengingatkan pelanggan supaya tidak membazir makanan.
Cef Nor Arazman mengingatkan pelanggan supaya tidak membazir makanan.

"Walaupun begitu, pelanggan jangan risau kerana kuantiti makanan kita sentiasa mencukupi untuk mereka dan boleh makan sehingga waktu ditetapkan," katanya.

Nor Arazman yang sudah 25 tahun berkhidmat sebagai cef memberitahu sedih apabila melihat makanan di atas meja tidak dihabiskan pelanggan.

Ini kerana katanya, ada yang terpaksa mencatu untuk makan kerana hidup dalam keadaan sukar seperti mana rakyat Palestin di Gaza.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28