KPM digesa laksana unjuran

Laporan muka depan Sinar Ahad. (Gambar kecil: Mohd Azizee)
Laporan muka depan Sinar Ahad. (Gambar kecil: Mohd Azizee)
A
A
A

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan pelan jangka panjang dengan membuat satu unjuran berdasarkan pertumbuhan bandar baharu dan kepadatan bagi melihat kesesuaian pembinaan sekolah baharu.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azizee Hasan berkata, langkah berkenaan penting dilaksanakan demi meningkatkan kualiti pembelajaran sekali gus memartabatkan sistem pendidikan negara.

“Pihak kementerian juga harus membuat unjuran mengenai sekolah-sekolah yang padat dan kekurangan pelajar. Ramai yang tidak tahu bahawa ada sekolah di Malaysia ini kekurangan pelajar.

“Sebaik sahaja KPM dapat mengenal pasti (sekolah yang padat dan kurang pelajar) maka hal itu dapat diatasi dengan menempatkan sebilangan pelajar ke sekolah kurang pelajar.

“Bagaimanapun, kaedah ini mungkin akan menambah beban kepada ibu bapa kerana terpaksa menghantar anak luar daripada kawasan tempat tinggal mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azizee turut menasihatkan para guru yang berkhidmat di sekolah berkepadatan tinggi untuk membuat persediaan dari segi mental kerana tidak mudah mengajar 50 orang murid dalam sesuatu masa.

“Jika ada masalah, guru boleh berbincang dengan pentadbir sekolah,” katanya.

Artikel Berkaitan: