Lelaki rosakkan patung batu pameran ditahan

Gambar tindakan lelaki berkenaan dipercayai terlibat dalam kejadian merosakkan patung batu pameran di Taman Rekamas, Simpang Renggam, Rabu lalu.
Gambar tindakan lelaki berkenaan dipercayai terlibat dalam kejadian merosakkan patung batu pameran di Taman Rekamas, Simpang Renggam, Rabu lalu.
A
A
A

KLUANG – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian merosakkan patung batu pameran di Taman Rekamas, Simpang Renggam, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian berlaku sekitar jam 10.40 pagi dan pihaknya ada menerima laporan mengenai perkara tersebut daripada seorang lelaki warga tempatan.

“Susulan kejadian ini, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Balai Polis Simpang Renggam telah menahan seorang lelaki tempatan di Kampung Kurnia, Bandar Dato Ibrahim Majid Simpang Renggam sekitar jam 1.20 pagi, Khamis lalu.

“Suspek berusia lingkungan 30-an itu tiada rekod jenayah lampau malah ujian saringan air kencing juga negatif,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda.

"Suspek direman empat hari mulai Khamis hingga Ahad.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang melalui talian di bawah telefon 07-7784222, 07-7784256 (talian terus), 07-7766822 (hotline), 014-365682 (Tablet DCC)," ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: