Wanita diugut kerana sebar video aksi goyang gerudi di Simpang Renggam

Laporan Sinar Online mengenai aksi aksi goyang gerudi hingga menyebabkan sebuah acara karnival di Simpang Renggam dihentikan pada Oktober, lalu.
Laporan Sinar Online mengenai aksi aksi goyang gerudi hingga menyebabkan sebuah acara karnival di Simpang Renggam dihentikan pada Oktober, lalu.
A
A
A

KLUANG - Seorang wanita diugut selepas dipercayai menyebarkan video aksi goyang gerudi berdurasi 20 saat sehingga tular dan menyebabkan sebuah acara karnival di Simpang Renggam dihentikan pada Oktober, lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, laporan berhubung wanita warga tempatan yang diugut oleh seorang lelaki tidak dikenali melalui panggilan telefon itu diterima pada 26 Oktober.

"Susulan daripada laporan diterima itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Segamat menahan Seorang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun di Jalan Buluh Kasap, sekitar jam 2.15 petang pada, Rabu.

"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah namun hasil ujian saringan air kencing mendapati negatif.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Bahrin, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ujarnya, bacaan pertuduhan di Mahkamah Majestrit Kluang akan dilakukan Isnin, selepas direman empat hari bermula tarikh ditahan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diharap tampil untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: