Polis cari lelaki tunjuk kemaluan di Simpang Renggam

Tangkap layar video tular memaparkan aksi seorang lelaki menunjukkan kemaluan di Simpang Renggam.
Tangkap layar video tular memaparkan aksi seorang lelaki menunjukkan kemaluan di Simpang Renggam.
A
A
A

KLUANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan sambil menunggang motosikal di Simpang Renggam pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 42 saat di media sosial berhubung insiden itu.

"Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku di sekitar pekan Simpang Renggam.

"Video yang tular itu memaparkan seorang lelaki sedang melakukan kelakuan tidak senonoh dan duduk di atas motosikal," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Bahrin lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki berkenaan diharap tampil untuk menyalurkan maklumat dimana-mana balai polis berdekatan.

Ujarnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: