'Abah harap sangat Zahir balik'

Kiri: Gambar Zahir yang di muat naik Mohd Fauzi di akaun Facebook miliknya. Kanan: Zahir sebelum ini dilapor hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Kajang untuk bermain pada 15 April 2019.
Kiri: Gambar Zahir yang di muat naik Mohd Fauzi di akaun Facebook miliknya. Kanan: Zahir sebelum ini dilapor hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Kajang untuk bermain pada 15 April 2019.
A
A
A

SHAH ALAM - Bapa kepada kanak-kanak lapan tahun yang dilapor hilang lima tahun lepas, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, meluahkan rasa rindu terhadap anaknya menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di laman Facebook.

Mohd Fauzi turut mengucapkan selamat berpuasa dan mendoakan anaknya sentiasa bahagia.

"Zahir, jika engkau dapat tahu setiap apa yang abah tuliskan dan setiap apa yang abah inginkan, baliklah Zahir. Abah dan seluruh keluarga amat-amat merindui Zahir, abah teringin nak berpuasa dan beraya bersama Zahir.

"Abah ucapkan selamat berpuasa, semoga Zahir sentiasa berbahagia di samping sesiapa jua. Zahir, jangan lupa abah, mama, dan seluruh adik-beradik, mereka juga rindukan Zahir, zakat fitrah akan dibuat, tetapi Zahir tiada disisi," luahnya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak lelaki lapan tahun hilang selepas keluar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 6 bulan, Muhammad Zahiruddin belum ditemui

ARTIKEL BERKAITAN: Unit K9 digunakan kesan Muhammad Zahiruddin

Kanak-kanak mesra dengan panggilan Zahir dalam kalangan ahli keluarganya itu dilapor keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Kajang pada 15 April 2019 untuk bermain dan sejak itu tidak pulang menyebabkan keluarganya membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

Pencarian mangsa sebelum ini turut dibantu sepasukan anggota polis dari Unit K9 (Unit Anjing Pengesan) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA bagi mengesan jejak kanak-kanak berkenaan.

Proses pencarian dimulakan di kawasan sekitar pangsapuri kediaman Zahir dan diteruskan sehingga kawasan kolam takungan dan di tebing Sungai Semenyih.

Sementara itu, dalam hantaran sama, Mohd Fauzi turut mengharapkan anaknya akan pulang dan tidak akan berputus asa mencari Zahir selagi tiada bukti dijumpai berhubung kes tersebut.

Katanya, sudah pelbagai cara dilakukan untuk mencari Zahir namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.

"Sudah bermacam cara untuk mencari Zahir tapi sampai sekarang tidak tahu bagaimana nak di lakukan lagi. Aku tidak akan berputus asa mencari Zahir selagi tiada bukti apa-apa tentang Zahir.

"Walaupun telah lama aku tidak menulis tentang Zahir, sebenarnya aku cuba untuk memulihkan semangat dan kesihatan tapi semakin kurang," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan Zahiruddin: Suspek peras ugut bapa mangsa ditahan

Menurut Mohd Fauzi, tahun ini merupakan kali keenam keluarga berpuasa tanpa anaknya itu sejak hilang tanpa berita.

"Kalau ikut puasa, sudah enam kali puasa tanpa zahir. Ikut tahun, sudah lima tahun Zahir hilang tanpa berita yang nyata. Aku rindu ayat-ayat Zahir, rasa nak peluk cium dia, rasa seperti baru sangat hilang.

"Di bulan puasa ini aku tiba-tiba amat merindukan Zahir. Oleh sebab itu aku coretkan kerinduan ini, aku rindu pada gelak tawa Zahir. Abah berharap sangat Zahir balik. Balik ya zahir...balik tau...kami sentiasa menunggu Zahir balik," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!