Budak lelaki lapan tahun hilang selepas keluar rumah

Kehilangan Mohd Zahiruddin dihebahkan melalui Nur Alert.
Kehilangan Mohd Zahiruddin dihebahkan melalui Nur Alert.
A
A
A

KAJANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra di sini petang semalam.

Kanak-kanak itu dikenali sebagai Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, dikatakan keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira jam 8 pagi semalam.

Bapa mangsa, Mohd Fauzi Abdul Ghaffar, 51, berkata, dia cuba mencari anaknya di sekitar kawasan perumahan, namun tidak jumpa.

"Saya juga minta kawan-kawan dan saudara-mara tolong cari. Lepas tu saya buat laporan polis sekitar jam 12 malam semalam.

"Saya hanya nak anak saya ditemui semula," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, anak bongsu daripada lima beradik itu merupakan seorang yang patuh dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah.

"Dia seorang anak yang baik, memang tak pernah buat sebarang masalah kepada kami sekeluarga.

"Saya tak minta apa-apa cuma harap sangat anak saya dapat ditemui semula, itu sahaja," katanya.

Sementara itu ibu mangsa, Sainih Sunding, 46, berkata, Muhammad Zahiruddin tidak pergi ke sekolah semalam dan keluar untuk bermain dengan rakan.

Artikel Berkaitan:

"Saya sedar dia hilang bila tak ada di tempat bermain dan sekitar rumah sewaktu saya pulang kerja," katanya yang bekerja sebagai pencuci.

Sainih berkata, jiran memaklumkannya yang Muhammad Zahiruddin telah ke kedai berhampiran pada waktu tengah hari dan kali terakhir dilihat bermain dengan rakan di sekitar kawasan kejiranan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diharap segera tampil di mana-mana balai polis berhampiran.