PM teguh pertahan Gaza di tengah-tengah perbincangan dua hala

Anwar bersama rakan sejawatnya, Canselor Olaf Scholz ketika sidang akhbar bersama di Canselori Persekutuan, Berlin, Jerman. Foto Bernama
Anwar bersama rakan sejawatnya, Canselor Olaf Scholz ketika sidang akhbar bersama di Canselori Persekutuan, Berlin, Jerman. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menonjol dalam kalangan pemimpin negara-negara perdagangan kerana pendiriannya yang lantang bersuara mengenai krisis kemanusiaan di Gaza.

Melalui lawatannya ke Australia dan Jerman baru-baru ini untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan kedua-dua negara, Anwar tetap berpegang teguh dengan pendapatnya terutama melibatkan konflik di Asia Barat.

Penganalisis politik, Rahman Hussin berkata, Anwar tetap setia dengan perjuangannya kerana sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau adalah penyokong Palestin dan Hamas.

"Beliau sentiasa lantang bersuara mengenai krisis kemanusiaan di Gaza dan saya suka bila beliau nyatakan "bukan semua bermula atau berakhir pada 7 Oktober”.

"Kenyataannya beliau berkata: tiada apa yang kita lakukan hari ini boleh menolak 60 tahun kekejaman yang telah berlaku kepada rakyat Palestin”.

"Dan beliau telah membuat kenyataan itu dan beliau telah mempertaruhkan pendiriannya yang membuktikan bahawa beliau tidak menyimpang daripada apa yang sebenarnya beliau percayai dalam soal perjuangan Palestin,” katanya yang menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara, The Nation di Bernama TV, Jumaat.

Rahman juga berkata, lawatan Perdana Menteri ke Jerman baru-baru ini telah menonjolkan keupayaan Malaysia, terutamanya dalam kalangan pemimpin kita.

Beliau berkata, dalam pertemuan perdagangan dua hala dengan rakan sejawat asing sentiasa menjadi peluang bagi mereka untuk menunjukkan contoh kepemimpinan.

Artikel Berkaitan:

"Bukan hanya dari segi merealisasikan pelaburan tetapi juga dalam menetapkan tuntutan. Untuk menyatakan, inilah maksud Malaysia.

"Semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri yang lain, semua jenis pertemuan seperti ini sentiasa menjadi jalan untuk menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai suara dan kami akan melakukan segala yang kami boleh untuk membawa suara ini dan untuk merealisasikan aspirasi selatan global," katanya.

Seorang lagi tetamu rancangan itu, Pengarah Urusan IM Possible Solutions, Amir Isyam Abdul Rahim berkata, mengambil kira perkembangan dan peningkatan dalam isu Palestin semasa, adalah wajar untuk Perdana Menteri bersuara sedemikian.

Beliau berkata, beliau menyedari pandangan sesetengah pihak yang mengatakan sebagai sebuah negara kecil sekiranya Malaysia begitu lantang, boleh meletakkan negara terperangkap di antara negara ‘kuasa besar’ dan berpotensi memberi kesan kepada ekonomi.

"Tetapi saya juga berpendapat bahawa kita juga harus ingat bahawa jika kita senyap sepanjang masa kerana kita risau apa yang akan terjadi kepada kita, maka ini juga adalah senario jika ia terjadi kepada kita," katanya yang dipetik semasa rancangan itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!