Lewis Hamilton lawat SMK Seri Keramat

Kedatangan Lewis disambut oleh pelajar sekolah berkenaan.
Kedatangan Lewis disambut oleh pelajar sekolah berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengguna media sosial teruja selepas video tular menyaksikan juara bertahan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1), Lewis Hamilton berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat.

Video singkat berdurasi tiga saat itu memaparkan Lewis berada dalam kawasan sekolah berkenaan dan sedang beramah mesra dengan seorang pelajar perempuan pada Jumaat.

Dalam video berasingan dilihat, kedatangan Lewis disambut oleh pelajar-pelajar sekolah berkenaan yang berada di tingkat 1 sambil mengibar Jalur Gemilang.

Lewis sempat berbual dengan salah seorang pelajar sekolah berkenaan.
Lewis sempat berbual dengan salah seorang pelajar sekolah berkenaan.

Difahamkan Lewis berada di sekolah itu bagi program Jalinan Petronas Petrosains Bersama Lewis Hamilton sempena ulang tahun ke-50 Petronas.

Menjengah di ruangan komen, terdapat netizen yang berseloroh memaklumkan Lewis ke sekolah berkenaan bagi menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Lawatan bintang sukan itu ke SMK Seri Keramat susulan program Jalinan Petronas Petrosains Bersama Lewis Hamilton pada Jumaat.
Lawatan bintang sukan itu ke SMK Seri Keramat susulan program Jalinan Petronas Petrosains Bersama Lewis Hamilton pada Jumaat.

Tidak kurang juga yang berjenaka, bintang antarabangsa itu datang untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Artikel Berkaitan:

Ada juga meluahkan rasa cemburu terhadap pelajar sekolah yang berkenaan dapat melihat secara berdepan dengan Lewis.