DOF siasat video tular kumpulan lelaki tangkap ikan

Tangkap layar video tular di media sosial mengenai aktiviti tangkapan ikan yang dikatakan mencurigakan
Tangkap layar video tular di media sosial mengenai aktiviti tangkapan ikan yang dikatakan mencurigakan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyiasat aktiviti tular sekumpulan lelaki yang dikatakan menangkap ikan dengan cara yang salah dan mencurigakan.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain berkata, siasatan dijalankan pihaknya termasuk mengenal pasti lokasi, tarikh kejadian dan individu terbabit.

Katanya, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan maklumat lanjut sedang dalam tindakan untuk tindakan sewajarnya.

"Jabatan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan dan pelakuan yang mengekploitasi sumber perikanan sekiranya menggunakan kaedah tangkapan secara salah.

"Orang awam yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada pihak DOF untuk membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum itu, tular rakaman video memaparkan sekumpulan individu menunjukkan hasil tangkapan ikan seperti kelah, tengas dan lampam yang banyak di satu kawasan sungai dalam hutan.

Bagaimanapun, rakaman video itu menerima kecaman daripada kalangan warganet yang tidak berpuas hati mengenai tangkapan ikan itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya aktiviti itu berlaku di kawasan perlindungan Perhilitan.

Artikel Berkaitan: